Wednesday, December 22, 2010

Proses penukaran nama untuk bil SYABAS dan TNB...Alahai...susahnya..

Teman nak cerita pengalaman teman nak tukar nama tuan rumah kepada nama teman untuk bil SYABAS dan TNB. Mula-mula ingatkan senang, rupa-rupanya susah jugak ek. Sebelum teman ke pejabat SYABAS dan TNB, teman telefon dulu. Nak pastikan dokumen dan duit yang perlu di bawa. Teman cerita pasal TNB dulu.

TNB
Sebelum nak call teman tengok dekat bil rumah teman, nombor telefon TNB. Teman pon call la. Mula-mula teman call nombor 1300885454. Call punya call, susahnya nak dapat cakap dgn operator. Asyik kena tinggalkan pesanan ja. Bukan TNB tu nak call balik. Tak dapat la bercakap dgn operator dia. So, teman masuk pulak dalam website TNB, cari nombor telefon. Still sama nombor telefon dia. Tp nape operator tak jawab-jawab panggilan teman. Apa lagi, teman tgk map ke TNB tersebut. Ada nombor satu lagi dalam website TNB. Teman call nombor aduan 15454. Baru la dapat cakap dengan operator dia. Teman sebenarnya kena bawak SNP dan salinan IC.Itu ja yang operator bagitau. Teman check jugak baki yg tuan rumah belum bayar. Ada la baki RM169.10 lagi. So, teman terus ke sana. Mak datuk, jauhnya. TNB kat SS15, Subang jaya. Jem tu... Bila dah sampai sana, teman pon kena isi borang penukaran nama. Dari pukul 12:00 tengah hari sampai pukul 4:00 petang baru settle. Lama giler. Baby dah mengamuk dh.. Teman lagi la mengamuk. Apsal lambat sgt ni... Rupa-rupanya yang jaga kaunter tu orang baru. Sikit-sikit nak tanya orang macam mana nak isi dalam komputer. Takkan nak tukar nama pon susah. Semua dokumen dah lengkap. Teman dh berangin n tension dah. Rasa nak mengamuk ja kat ctu. Berkat kesabaran teman, proses penukaran nama pon settle. Teman kena bayar RM17.65 untuk tunggakan bil, RM3.00 utk proses penukaran nama dan RM280.00 untuk cagaran. Kerani tu cakap, fius akan dipasang ptg tu jugak dan elektrik dah boleh guna.

Sampai ja rumah, dh dekat pukul 6:00 petang sbb jalan jem teruk depan Sunway Piramid tu. Keesokkan harinya, TNB tu call semula. Dia cakap teman belum bagi pada dia setem hasil RM10 dua keping. Kerani tu kata dia nampak teman pegang setem tu kat tangan masa teman kat kaunter. Bila masa plak teman pegang setem hasil tu. Setem hasil tu pon teman tak tau kena beli. Ingatkan kita bayar kat TNB tu termasuk sekali dengan setem hasil. Apsal kerani tu awal-awal tak semak borang tu dulu. Hampeh tol. So, kerani tu cakap, teman kena ke sana sekali lagi untuk hantar setem hasil. Kan gila kerjanya. Dah la jauh. Jem pulak tu. Nak tak nak teman ke sana jugak pada hari berikutnya semata-mata untuk hantar setem yg berharga RM20 tu. Memang hampeh.....

So, moral of the story, untuk proses penukaran nama bil TNB dari owner lama, pastikan anda sediakan item seperti berikut:
1. 1 salinan SNP
2. 1 salinan IC
3. 2 keping setem hasil RM10
4. Duit RM280, RM3 dan duit tunggakan bil

Nak cerita pengalaman tukar nama dekat SYABAS pulak.

SYABAS    
Yang ni lagi mencabar hati dan perasan teman. Seperti biasa, teman call dulu nombor syabas. Nombor syabas pon teman ambilk dekat bil syabas rumah teman. Call punya call operator cakap bil tertunggak adalah RM74.65. Teman boleh bayar kat mana-mana kaunter syabas. Operator tu cakap lagi, sekiranya teman nak apply baru, teman kena guna plumber yang berdaftar dengan syabas untuk pasang meter sbb rumah tu lebih dari 6 tahun telah dipotong air. So, operator tu bagi la nombor-nombor plumber yang bleh pasang meter tu. Teman call la satu persatu, ada yg mintak RM530 termasuk meter n pemasangan, ada yang RM250, ada yang RM300. Teman pon terpikir, apa kerja plumber ni sampai mahal sangat. Takkan syabas tak bleh buat sendiri. So, teman tanya la orang kat area rumah tu. Rupa-rupanya kita boleh tandatangan surat tanggung risiko kepada syabas sekiranya tak mau guna plumber. Teman ambil keputusan, teman ke SYABAS yang terdekat iatu kat Kajang. Susahnya nak cari Syabas Kajang ni... Maklum la, teman bukan orang Kajang. Pusing punya pusing, akhirnya teman jumpa Syabas Kajang tu. Pejabat Syabas Kajang adalah bertentangan dengan Hospital Kajang.Yang sakit hatinya, teman tak bleh nak buat tukar nama kat ctu. Tadi teman tanya operator, dia cakap boleh ja kat mana-mana. Sakitnya hati tak terkata. Dah la lapar, penat pulat tu sbb cari syabas Kajang tak jumpa. Jem lagi... Teman kena pergi ke Syabas Petaling Jaya jugak untuk settlekan masalah ni. Buang masa n tenaga ja.

So, keesokkan harinya, teman pergi la Syabas Petaling Jaya. Mak datuk, jauh n jemnya. Syabas Petaling kat Jalan Templer. Dapat la settlekan semuanya (Agaknya la)... Jangan jadi macam kes TNB dah la. Teman kena kemukakan dokumen SNP dan IC. Bayaran yang dikenakan adalah RM74.65 untuk bil tertunggak, RM100 untuk cagaran dan RM30 untuk caj pemasangan termasuk meter. Teman jugak kena tandatangan surat menanggung risiko. So, kerani tu cakap, dalam 3 bekerja, syabas akan pasang meter air.

Tunggu punya tunggu, dah 4 hari, meter tak pasang lagi. Teman pon hairan. Teman call la Syabas Petaling Jaya tu. Rupa-rupanya stand meter kat rumah teman tu tak mengikut standard Syabas. So, orang syabas tak dapat pasang meter. Baru teman teringat, rupa2nya ni la kerja plumber. Pastikan stand untuk meter air adalah mengikut standard syabas. Terpaksa la teman cari plumber jugak untuk pastikan stand tu ikut standard Syabas. Kena pulak RM100. Keesokkan harinya lagi, meter rumah teman dah siap dipasang.

So, moral of the story, sebelum tandatangan surat menanggung risiko (yang tak dikenakan bayaran oleh syabas), pastikan meter anda mengikut standard syabas dahulu. Untuk proses penukaran nama, pastikan anda membawa:
1. 1 salinan SNP
2. 1 salinan IC
3. Duit RM100, RM30 dan duit tunggakan bil    

Sekiranya anda tandatangan surat menanggung risiko, anda telah menjimatkan duit upah plumber yang upahnya tak masuk akal. Hekhekhek...

22 comments:

  1. ooo.. amat bertuah saya baca post tuan..tq

    ReplyDelete
  2. sama-sama. saya sekadar berkongsi pengalaman saya.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas post ni..amat membantu.

    ReplyDelete
  4. Pengalaman yang bagus untuk pengajaran dan pedoman untuk orang lain yang mempunyai urusan yang sama..Terima kasih

    ReplyDelete
  5. saya tgh mencari maklumat macam mana proses penukaran nama tnb dan syabas....makluman puan byak membantu sy almaklumlah semua kena buat sendiri.

    ReplyDelete
  6. akan membuat urusan yang sama dalam masa terdekat.. hopefully xde masalah delay nak kena pegi dua tiga kali! kadang-kadang penjelasan yang diterima oleh pihak terbabit tidak jelas..menyusahkan pelanggan/pengguna.

    Terima kasih juga atas penjelasan saudari.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih sharing. Telah menjimatkan masa saya terus tuju ke Syabas Jln Petaling.

    ReplyDelete
  8. terima kasih banyak2 juliana

    ReplyDelete
  9. meter air rumah lelong saya pun dah kena cabut 2tahun.confirm ke tak perlu ambil plumber syabas? sure ke boleh tandatangan Surat tanggung risiko tu? bukannya apa,risau kena pau dengan orang kaunter syabas tu Jew.meter air tu bukannya pihak syabas sediakan ke? atau nak kena beli sendiri?beli kat mana?

    ReplyDelete
  10. last months sye. and then suruk kawan sye pulak pergi syabas petaling jaya 2Kali berturut2 tanya Hal yang sama. untuk sambung meter Dan apply meter bru perlu bayar bill tertunggak m800+ rm100 deposit + rm30 service caj tak+ rm420 untuk plug ferrule.(dah email kena puspel tanya kena ada caj plug ferrule tu? Dan today sye pergi syabas sekali lagi.depa cakap tak ada caj plug ferrule pulak,kena ambil plumber yg berdaftar dng syabas sebab meter dicabut sejak 2008 mereka kata kena inspection semula sebab meter dah lama tak ada.. mereka kata cuma perlu bayar bil tertunggak m800+deposit rm100 (duit service caj rm30 tak perlu bayar sebab dah pakai plumber tu).Dan orang kaunter tu cakap plumber akan submitkan form kena syabas.(sudah tanya mengenai Surat taggung risiko tu mereka cakap tak boleh,kena cari plumber juga.

    ReplyDelete
  11. adoi,br td saya pegi pejabat tnb shah alam,demmmm!!!sakit hati,byk songeh siap minta surat serah kunci,saya fade up tahap gaban sbb melalui maklumat yg saya dpt hanya salinan ic,snp dan setem cukai je.mana nk cari surat serah kunci saya beli rumah second,hishhh x faham tul.pastu tak ckp ngan terperinci setem hasil tu kena wat kat lhdn,satu keje lagi nk kena gi lhdn plak,apakahhhhhhhhhhh????

    ReplyDelete
  12. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman...Jazzakallahu Khaira

    ReplyDelete
  13. saya pergi tnb medan selayang x perlu bawa stamp pos.....diorang ada ..bayar je

    ReplyDelete
  14. dh dua minggu tunggu owner kata nak uruskan...rupanya hampeh... nasib bagi gak deposit..tp, utk bil air jerr...esok br nak g...tk taw laa mcm ner.. harap2 sume ok...terus terjah jer laaaa

    ReplyDelete
  15. Thanks for your info.

    ReplyDelete
  16. Bil air atau bil eletrik tak perlu bawa ke?

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum

    Saya Ari dr syarikat plumber dr kuala lipis, pahang..saya cuba share pengalaman saya berurusan dgn pihak PAIP pahang.

    Kes meter kena cabut :
    1) pertama, pergi ke rumah yg kita nak pasang meter & tangkap gambar stand meter tersebut..tujuan nya utk kita verified dgn pihak tersebut samaada kerja baik pulih perlu dilakukan atau tidak..anda kena faham, semua stand meter terutamanya rumah landed (rumah atas tanah) wajib mengikut spesifikasi yg ditetapkan oleh SPAN.

    2) bawa semua salinan dokumen yg berkaitan dgn rumah tersebut (salinan i.c, salinan s&p, salinan geran, bil air lama, dll) supaya tak buat kerja dua kali.

    3) jgn lupa dptkan maklumat ttg bil tertunggak supaya anda tak terkejut bila nk membayo nye nnt..buat kira2 dulu ttg brp nk kena bayar proses tukar nama nnt.

    4) utk kes stand meter yg dh patah/teruk keadaan/tercabut mmg korang kena appoint plumber bertauliah dan caj mmg berbeza ikut pada plumber..cuba dptkan harga dlm 5-6 org plumber yg berlainan..proses baik pulih 1-2 hari tak termasuk pemasangan meter dr pihak syabas.

    5) meter air HANYA diberikan oleh pihak SYABAS sahaja..setiap negeri dh ditetapkan standard piawaian meter yg perlu dipasang di rumah2..ingat tu! Jgn pulok pg kedai hardware nk beli meter..mmg tak dpt den nak nolong.

    Sekian terima kasih.

    (Kalau ada nk tambah @ share silakan) ilmu perlu dikongsi.

    Kalau ada masalah paip utk area kuala lipis boleh wassap saya 019-4747762

    ReplyDelete
  18. Terima kasih share info ni. Hari Rabu baru-baru ni dah pegi Air Selangor Kajang & Kedai Tenaga (TNB) untuk minta supply dan tukar nama terus. Di pejabat Air Selangor jika semua borang lengkap, tiada masalah. Borang kami lengkap, supporting document pun lengkap. Cuma yang buat husband berangin bila officer tu bagi tahu gambar stand meter tak ikut spesifikasi. Dekat kaunter baru nak bagitahu nak ngam-ngam untuk masuk meter saiz 7.5 inci. Dah tak pasal-pasal call JMB minta tolong send gambar yang dah pasang extention. Then yang bengang lagi bab setem hasil. Dah siap beli setem hasil di Pejabat Pos, alih-alih pegawai kaunter bgtahu tak nak pakai yang itu. Dia ada versi setem dia sendiri which is stamp cop biasa tu je. Tapi kene bayar RM 10 untuk 1 cop setem. Agreement pun kene tulis baru. Agreement yg Air Selangor letak di website tu tak berguna kalau print sebab dia bagi format kecil. Agreement kena buat 2 copy. Dah selesai submit permohonan, pegawai tu maklum lepas ni perlu berurusan dengan Air Selangor cawangan PJ ( what the heck!) padahal rumah kami daerah Hulu Langat kot..

    ReplyDelete