Wednesday, March 23, 2011

Keputusan SPM Hari Ini. Cuba la semak guna mySMS 15888 !!!!

Pagi-pagi tadi sementara nak menunggu traffic light bertukar menjadi hijau, teman sempat sms anak sedara teman untuk dapatkan nombor kad pengenalan dan nombor angka giliran. Maklum la, hari ini keputusan SPM akan keluar. Teman nak try guna mySMS 15888 untuk mendapatkan keputusan SPM tersebut.



Cara nak SMS keputusan SPM senang ja.
1. Taip SPM Semak [no IC] [no angka giliran]
2. Hantar kepada 15888
3. Tunggu reply dari mySMS

Semakan keputusan SPM boleh dibuat bermula pada 23 Mac 2011 (Rabu) mulai 10.00 pagi sehingga 30 Mac 2011 (Rabu) 12.00 tengah malam.

Teman try banyak kali dah tapi nampaknya line sibuk sangat. Ingatkan nak surprise anak sedara teman tadi. Terpaksa la teman call dia jugak jap lagi. Tapi teman yakin anak sedara teman mesti dapat keputusan yang gempak macam teman jugak dulu. Hekhekhek... Kakak teman cakap, anak sedara teman ni perangai macam teman masa teman muda-muda dulu. Anak sedara teman ni kira best student la dekat Pahang tu. Teman ingat azam anak sedara teman ni sebelum ambil SPM. Dia cakap dia nak mengatasi result Nur Amani yang keluar dalam tv dulu. Kepada Wan Nur Zabirah, semoga mendapat keputusan yang cemerlang dan gempak serta mengatasi rekod Nur Amani... Amin...  

Friday, March 18, 2011

Nasi Beriani @ Saba' Restaurant Cyberjaya

Baru-baru ni teman, member ofis dan bos rasa nak makan nasi beriani di Saba' Restaurant Cyberjaya. Plannya dah lama, tapi oleh kerana corum tak cukup sebelum ni, maka tertangguh la. So, bila corum dah cukup, kami cepat-cepat booking untuk makan nasi beriani ni. Ramai kata sedap, so, kami teruja sangat nak makan. Lagipon, bos janji nak belanja... Apa lagi...pow dia la... Hahaha... Terima kasih bos...



Oleh sebab teman tak pernah makan nasi beriani kat tempat ni, so, tak pandai la nak order yang mana satu. Teman ikut member yang pernah makan ja la... Teman pilih, Roasted Chicken Quarter.


Bila sampai ja apa yg diorder tu, mak datuk, banyaknya nasi... Oleh kerana sedap, teman makan sampai habis. Memang tak rugi la makan kat sini. Memang sedap pon. Lain kali nak p makan lagi la bila time dapat gaji... Hekhekhek....

Thursday, March 17, 2011

Bestnya balik kampung....!!!!

Bestnya rasa dapat balik kampung. Hilang segala stress.. 5 hari teman dapat menghirup udara yang segar di kampung. Dengan angin yang kuat. Maklum la, musim timur. Masa ni la orang-orang kampung main layang-layang. Orang Kedah panggil layang-layang tu, wau... Kampung teman ni dikelilingi sawah padi. Tapi masa teman balik tu, sawah padi dah dituai. Mai teman cerita sikit kat hangpa apa yang teman buat masa balik kampung 5 hari tu...

Hari Pertama (Sabtu)
Teman banyak habiskan masa berbual-bual dengan family dan pusing-pusing keliling rumah. Nampak pokok mempelam (mangga) tengah berbunga. Begitu juga dengan pokok manggis. Maklum la, dah 3 bulan tak balik kampung. Sampai ja waktu petang, teman teringat ada pasal malam. Dah lama teman tak p pasar malam. Apa lagi, terus p ke pasar malam. Makanan yang teman tak lupa adalah pasembor (rojak). Balik ja dari pasar malam, teman terus melantak pasembor tu... Sedap giler... Ayah teman pon beli macam-macam makanan.

Hari Kedua (Ahad)
Pagi tu teman makan pulut dengan buah mempelam. Sedap giler. Dah lama tak makan. Tengah hari plak, family teman ajak teman pergi kenduri kawin sedara teman. So, apa lagi, teman pon bawak la family teman. Ramai jugak teman jumpa sedara-sedara yang dah lama tak jumpa. Habis ja makan kenduri kawin tu, teman jalan-jalan di shopping complex yang berdekatan. Saja layan anak-anak sedara teman. Best giler diaorang dapat jalan. Maklum la, terlepas dari kongkongan mak dan ayah diaorang. Balik daripada shopping complex tu, teman rasa pening semacam ja. Panas sangat masa makan kenduri tadi. Lepas mandi dan solat, teman terus makan panadol dan tidor.

Hari Ketiga (Isnin)
Teman demam pagi tu. Rasa berat sangat kepala. Tak bestnya kalu balik kampung, teman demam... Tak dapat nak p jalan-jalan....So, teman rehat ja sehari kat kampung. Tak bleh nak bergerak ke mana-mana. Plan awal, nak meronggeng ke Alor Star. Petang tu, mak sedara teman datang. So, borak-borak dengan dia ja la....

Hari Keempat (Selasa)
Sihat ja dari demam, pagi tu, teman pergi ke Kangar. Bawak mak teman jalan-jalan. Lepas ja makan tengah hari kat rumah, teman ke Padang Besar, Perlis. Kira-kira 1 jam dari kampung teman, teman pon sampai di Padang Besar. Teman shopping la sikit. Pusing punya pusing, teman beli la 3 pasang jersi team Bola Sepak Malaysia untuk anak-anak sedara dan untuk baby teman. Harga pon berpatutan. Apa lagi, best la diaorang. Macam-macam jersi ada kat situ. Musim cuti sekolah ni, memang la ramai kat Padang Besar tu. Nak parking pon susah.  



Hari Kelima (Rabu)
Hari ni adalah hari terakhir teman di kampung. Sekejap ja rasa. Rasa tak puas dok kampung. Apa bleh buat, nak cuti panjang, kang bos marah pulak. Pagi tu, teman rasa nak makan makanan laut yang teman mesti tak lupa beli kalau balik kampung. Makanan laut tu namanya mentarang. Mentarang ni ada ikut musim. Kira time teman balik ni ada luck la. Kalau tak, susah jugak nak dapat. Kalau ada pon, sikit ja. Tapi dah rezki teman, time teman balik ni, mentarang tu banyak dijual. Sekilo, harganya RM6.00. Teman beli 3 kilo. Sedap ooo..kalu makan. Teman preview sikit gambar dia.




Cara nak masak mentarang ni, senang ja. Lepas kita bersihkan cengkerang dia dari lumpur atau selut, terus panggang di atas bara api. Bila air dalam cengkerang tu dah kering, mentarang tu kira dah masak. So, buka cengkerang tu dan terus makan begitu saja. Lepas ja makan tengah hari, teman terus bertolak balik....Insya Allah, bulan 6 ni, teman balik pulak ke kampung.... Tak sabarnya nak tunggu bulan 6 nih.... Dapat la teman petik buah mempelam dan buah manggis pulak. Hekhekhek....

Monday, March 7, 2011

Ice Room @ Bangi



Semalam teman berkesempatan makan ais krim kat Ice Room, Bangi. Dah lama teringin nak makan ais krim kat situ. Akhirnya, tercapai jugak hajat nak makan ais krim ni. Design kedai Ice Room tu memang cantik. Dipendekkan cerita, teman pon order la ais krim stramberry berharga RM7.90, ais krim peanut berharga RM7.90 dan ais krim blueberry berharga RM7.90. Ok la ais krim dia. Not bad. Tapi rasanya Baskin Robbins lagi sedap kot. Total after tax dalam RM24.90. Rupa-rupanya Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) dah datang ke Ice Room ni.






Cuba la makan ais krim ni kat Ice Room @ Bangi....Daaa....
 

Hari Keluarga @ Desa Waterpark..Syoknya...


Sabtu lepas teman dan family menghadiri Hari Keluarga di Desa Waterpark anjuran kelab ofis teman. Ini pertama kali teman dan family menjejakkan kaki ke Desa Waterpark ni. Sebelum ni nampak-nampak tempat ni kat jalan ja semasa on the way nak ke Mid Valley. Desa Waterpark ni lebih kurang Sunway Lagoon ja. Sunway Lagoon teman dah pernah p. Cuma Desa Waterpark ni tak crowded macam Sunway Lagoon. Tiket nak masuk Desa Waterpark ni, bagi orang dewasa adalah RM20.00 dan kanak-kanak RM14.00. Oleh kerana kelab yang menganjurkan Hari Keluarga ini, maka kami perlu membayar harga pakej termasuk makanan. Atas ehsan kelab, kelab menaja tiket dan juga baju kami untuk kegunaan hari keluarga tersebut. Terima kasih kelab....Tahun depan buat lagi...Hahaha...



Teman sampai waterpark ni dalam pukul 8.15 pagi. Teman naik highway Mex (Maju Expressway). Semasa membuat pendaftaran, teman mendapat door gift, riben kumpulan (teman dapat riben warna kuning bermaksud kumpulan kuning), tiket masuk ke waterpark dan teman perlu serahkan hadiah yang teman bawa untuk acara "Give And Take". Selepas acara perasmian oleh penaung kelab, kami semua terus bersarapan pagi. Acara pertama bermula dengan "Giant Puzzle" bagi kanak-kanak berumur 8 hingga 12 tahun. Seterusnya acara "Memancing" bagi kanak-kanak berumur 3 hingga 7 tahun dan acara "Kutip Gula-gula" bagi kanak-kanak berumur 1 bulan hingga 3 tahun.

                              "Giant Puzzle"                                               "Memancing"

Acara seterusnya adalah "Cabutan Bertuah" dan "Give And Take" bagi nombor 50 hingga 16. Hahaha.... nama teman belum tersenarai. Nama teman mesti berada dalam top 15 ni. Tak pa..tak pa..kita tunggu... Acara diteruskan dengan "Tarik Tali Dalam Air" untuk ahli keluarga. Ramai la ahli keluarga yang menyertainya. Yang kelakarnya, kumpulan yang ada ahlinya pompuan yang menang dalam acara tarik tali ni... Hahaha... gagah jugak pompuan ni ek... 


Acara seterusnya adalah untuk ahli kelab. Setiap kumpulan dibahagikan mengikut riben yang telah diterima. Terdapat 3 kumpulan iaitu kumpulan kuning, merah dan biru. Untuk ahli kelab, terdapat 3 acara yang dipertandingkan iaitu "LRT Express", "Kayak Race" dan "Walking on The Water". Teman yang tak ingat dunia ni, apa lagi, terus main semua acara tersebut. Hekhekhek... Setelah bertungkus lumus bermain, akhirnya kumpulan merah menjadi juara untuk keseluruhan acara, kumpulan kuning naib juara dan kumpulan biru mendapat tempat ketiga. Kami semua (termasuk semua yang tak main) mendapat hadiah secara individu. Nak tau hadiah apa??? Hadiah barang kelengkapan rumah (sabun, ubat gigi, softlan dan sebagainya).... Yang membezakan hadiah masing-masing adalah besar atau kecil softlan yang diterima... Hahaha..padan muka...

Seterusnya bersambung acara "Cabutan Bertuah" dan "Give And Take" bagi nombor 15 hingga 1. Hekhekhek... Berdebarnya teman... Akhirnya teman mendapat "Cabutan Bertuah" bernombor 9... Alhamdulillah.... Tak kesah la hadiah apa yang teman dapat, janji hepi. Tak sabar nak tengok hadiah apa yang teman dapat. 

         
Acara penutup adalah adalah acara sesi bergambar beramai-ramai bersama keluarga masing-masing. Hepi betul la hari tu... Teman sampai rumah dalam pukul 2.15 petang. Nak tau hadiah apa yang teman dapat.... Jeng..jeng...jeng...Untuk hadiah "Cabutan Bertuah" teman dapat pensonic stand mixer...Alhamdullilah...Tercapai jugak hajat teman nak ada mixer sebab nak buat kek... Hekhekhek... Manakala bagi hadiah "Give And Take", teman dapat tupperware dan buku. 


  

                  

Wednesday, March 2, 2011

Sebelum renovate rumah… Apa yang perlu anda lakukan….


Sebelum ini teman ada kongsikan sedikit bagaimana proses penukaran nama bil air dan bil elektrik teman. Selepas melalui proses tersebut, teman rasa adalah lebih baik jikalau teman kongsikan juga langkah-langkah yang teman buat sebelum membuat renovation rumah teman. 


Sebelum renovate rumah

1. Pastikan sumber air dan elektrik telah lengkap di rumah anda. Rujuk post teman bertajuk (Proses penukaran nama untuk bil SYABAS dan TNB…Alahai, susahnya..)

2. Tentukan budget yang kita ada untuk renovate.

3. Tentukan budget untuk membeli peralatan elektrik.

4. Jumlahkan budget untuk renovate dan budget untuk membeli peralatan elektrik supaya kita mendapat jumlah budget yang sebenar.

5. Darabkan jumlah budget anda dengan 10%. 10% tersebut kemungkinan jumlah budget anda akan bertambah.
         Contohnya:
         Budget untuk renovate: RM20 K
         Budget untuk membeli peralatan elektrik: RM5 K
         Jumlah budget : RM20 K + RM5 K = RM25 K
         Budget yang mungkin bertambah : 20% x RM25 K = RM5 K
         Jumlah budget anggaran : RM25 K + RM5 K = RM30 K

6. Kenalpasti aktiviti yang kita nak renovate.

7. Susun aktiviti mengikut keutamaan (priority).
         Contohnya:
i.                 Wiring
ii.                  Cat
iii.                Beli peralatan elektrik
iv.                Buat tembok
v.                  Simen parking tempat parking kereta
vi.                Pasang grill
vii.              Pasang gate
viii.            Pasang plaster ceiling
ix.                Pasang kitchen cabinet
x.                  Pasang Wardrobe
xi.                Pasang peralatan elektrik

8. Sekiranya aktiviti renovation yang ingin dibuat melibatkan pengubahsuaian kepada struktur rumah seperti perbesarkan rumah, buat porch dan sebagainya, pastikan anda mendapat kebenaran daripada majlis perbandaran dahulu. Proses memohon kebenaran ini mengambil masa hanya sehari sahaja. Deposit yang dikenakan oleh majlis perbandaran bergantung kepada aktiviti renovate yang akan dilakukan.

9. Ambil gambar rumah anda sebelum aktiviti renovation dijalankan.

10. Jalankan survey bagi mendapatkan kos setiap aktiviti renovation yang telah dirancang. Survey boleh dibuat secara surf internet, tanya member-member yang pernah buat renovation, dapatkan quotation daripada syarikat dan sebagainya.

11. Pastikan setiap aktiviti renovation tersebut, anda mendapatkan sekurang-kurangnya 3 quotation atau harga bagi memudahkan anda membuat perbandingan. Tidak semestinya harga yang murah, anda berpuas hati dengan kerjanya.

12. Pastikan juga anda telah perincikan setiap aktiviti renovation tersebut kepada syarikat. Ini mengelakkan anda daripada tersasar daripada budget sebenar kerana kemungkinan terdapat kos yang tersembunyi.

13. Buat pemilihan quotation dan harga.

14. Kira semua kos yang diperlukan supaya anda dapat menjimatkan kos tambahan 5% sebelum ini. Sekiranya terlebih budget, buat aktiviti renovation mengikut priority yang telah anda tetapkan sebelum ini.

15. Hubungi syarikat atau individu yang akan buat kerja-kerja renovate tersebut. Tetapkan tarikh mula dan tamat bekerja. Catatkan dalam kalendar anda. Bayar deposit sekiranya perlu. TIPS: Pastikan anda jangan bayar sepenuhnya sekiranya kerja belum siap. 

16. Hubungi syarikat atau individu terbabit sebelum kerja-kerja renovation dijalankan. Ini memudahkan anda memantau kerja-kerja tersebut.

17. Simpan semua bukti pembayaran, quotation, nombor telefon serta alamat syarikat dan individu yang telah anda pilih. Ini dapat mengelakkan anda daripada tertipu.

Sebelum dan selepas renovate plak… TUNGGU post seterusnya !!!!!! 

Tuesday, March 1, 2011

Cicak Gecko, penawar penyakit HIV AIDS. Sejauh mana kebenarannya???

Baru-baru ni teman ada dengar cerita mengenai cicak gecko ni dari sahabat teman, Ali (bukan nama sebenar). Dia cakap, kawan-kawan dia tengah sibuk mencari cicak gecko ni. Kawan dia pernah menjual cicak ni yang beratnya 100gram dengan harga RM100.00. Katanya lagi, cicak gecko ni dapat mengubati penyakit HIV. Sejauh mana kebenarnnya, teman tak pasti. Yang pastinya kawan dia yang jual cicak tu, memang dapat duit.

Mai kita preview sikit gambar cicak gecko ni... Teman ambik gambar ni dari website lain.


Sesetengah orang mengenali cicak gecko ni dengan nama pokka, pokke atau toke'. Sahabat teman bagi tau lagi, cicak ni banyak ditemui di Pahang. So, orang Pahang, apa lagi.... Cepat la cari cicak ni. Mana tau, ada rezki... Hekhekhek...

Misi teman sempena nak balik kampung ni adalah .... CARI CICAK GECKO !!!! Hahaha...