Wednesday, October 20, 2010

Pinjaman Perumahan 100%

Mula-mula teman dengar bajet 2011 mengenai pinjaman perumahan, teman teruja sebab pinjaman perumahan meningkat dari 90% kepada 100% untuk rumah pertama dan gaji isi rumah tidak lebih dari RM3,000. Correct me if i'm wrong. Untuk golongan muda berita ini mengembirakan kerana mereka tidak perlu menyediakan downpayment untuk membeli rumah. Maka akan terdapatlah ramai golongan muda mempunyai rumah sewaktu usia muda nanti. Muda-muda dah ada rumah nooo....

Lepas tu teman ada terbaca komen admin pengurusan wang mengenai berita ini. Pada teman, mungkin ada pro dan kontranya. Senario yang teman petik dari komen tersebut adalah seperti berikut:

------------------------------------
0% downpayment atau 100% loan
------------------------------------

Harga Rumah: RM220,000
% interest (kasar): 6.30% (BLR Oktober)
Tempoh bayaran balik: 30 tahun
Bayaran bulanan: RM1,362
Jumlah bayaran pada bank: RM490,320
Jumlah lebihan anda bayar: RM490,320 - RM220,000 = RM270,320

------------------------------------
10% downpayment atau 90% loan
------------------------------------

Harga Rumah: RM220,000
% interest (kasar): 6.30%
Tempoh bayaran balik: 30 tahun
Bayaran bulanan: RM1,226
Jumlah bayaran pada bank: RM441,360
Jumlah lebihan anda bayar: RM441,360 - RM220,000 = RM221,360

Perbezaan lebih kurang RM48,960.

Cara ideal untuk membeli rumah untuk anda sendiri diami dan MENGURANGKAN anda bayar 'interest' (sesuatu yang merugikan) adalah dengan bayar downpayment tinggi dan pendekkan tempoh pinjaman. Lagi panjang tempoh bayaran, lagi tinggi interest, lagi banyak wang yang tak sepatutnya dibayar, lagi tinggi bank untung.


 Renung-renungkanlah dan selamat beramal...

No comments:

Post a Comment