Monday, March 7, 2011

Hari Keluarga @ Desa Waterpark..Syoknya...


Sabtu lepas teman dan family menghadiri Hari Keluarga di Desa Waterpark anjuran kelab ofis teman. Ini pertama kali teman dan family menjejakkan kaki ke Desa Waterpark ni. Sebelum ni nampak-nampak tempat ni kat jalan ja semasa on the way nak ke Mid Valley. Desa Waterpark ni lebih kurang Sunway Lagoon ja. Sunway Lagoon teman dah pernah p. Cuma Desa Waterpark ni tak crowded macam Sunway Lagoon. Tiket nak masuk Desa Waterpark ni, bagi orang dewasa adalah RM20.00 dan kanak-kanak RM14.00. Oleh kerana kelab yang menganjurkan Hari Keluarga ini, maka kami perlu membayar harga pakej termasuk makanan. Atas ehsan kelab, kelab menaja tiket dan juga baju kami untuk kegunaan hari keluarga tersebut. Terima kasih kelab....Tahun depan buat lagi...Hahaha...



Teman sampai waterpark ni dalam pukul 8.15 pagi. Teman naik highway Mex (Maju Expressway). Semasa membuat pendaftaran, teman mendapat door gift, riben kumpulan (teman dapat riben warna kuning bermaksud kumpulan kuning), tiket masuk ke waterpark dan teman perlu serahkan hadiah yang teman bawa untuk acara "Give And Take". Selepas acara perasmian oleh penaung kelab, kami semua terus bersarapan pagi. Acara pertama bermula dengan "Giant Puzzle" bagi kanak-kanak berumur 8 hingga 12 tahun. Seterusnya acara "Memancing" bagi kanak-kanak berumur 3 hingga 7 tahun dan acara "Kutip Gula-gula" bagi kanak-kanak berumur 1 bulan hingga 3 tahun.

                              "Giant Puzzle"                                               "Memancing"

Acara seterusnya adalah "Cabutan Bertuah" dan "Give And Take" bagi nombor 50 hingga 16. Hahaha.... nama teman belum tersenarai. Nama teman mesti berada dalam top 15 ni. Tak pa..tak pa..kita tunggu... Acara diteruskan dengan "Tarik Tali Dalam Air" untuk ahli keluarga. Ramai la ahli keluarga yang menyertainya. Yang kelakarnya, kumpulan yang ada ahlinya pompuan yang menang dalam acara tarik tali ni... Hahaha... gagah jugak pompuan ni ek... 


Acara seterusnya adalah untuk ahli kelab. Setiap kumpulan dibahagikan mengikut riben yang telah diterima. Terdapat 3 kumpulan iaitu kumpulan kuning, merah dan biru. Untuk ahli kelab, terdapat 3 acara yang dipertandingkan iaitu "LRT Express", "Kayak Race" dan "Walking on The Water". Teman yang tak ingat dunia ni, apa lagi, terus main semua acara tersebut. Hekhekhek... Setelah bertungkus lumus bermain, akhirnya kumpulan merah menjadi juara untuk keseluruhan acara, kumpulan kuning naib juara dan kumpulan biru mendapat tempat ketiga. Kami semua (termasuk semua yang tak main) mendapat hadiah secara individu. Nak tau hadiah apa??? Hadiah barang kelengkapan rumah (sabun, ubat gigi, softlan dan sebagainya).... Yang membezakan hadiah masing-masing adalah besar atau kecil softlan yang diterima... Hahaha..padan muka...

Seterusnya bersambung acara "Cabutan Bertuah" dan "Give And Take" bagi nombor 15 hingga 1. Hekhekhek... Berdebarnya teman... Akhirnya teman mendapat "Cabutan Bertuah" bernombor 9... Alhamdulillah.... Tak kesah la hadiah apa yang teman dapat, janji hepi. Tak sabar nak tengok hadiah apa yang teman dapat. 

         
Acara penutup adalah adalah acara sesi bergambar beramai-ramai bersama keluarga masing-masing. Hepi betul la hari tu... Teman sampai rumah dalam pukul 2.15 petang. Nak tau hadiah apa yang teman dapat.... Jeng..jeng...jeng...Untuk hadiah "Cabutan Bertuah" teman dapat pensonic stand mixer...Alhamdullilah...Tercapai jugak hajat teman nak ada mixer sebab nak buat kek... Hekhekhek... Manakala bagi hadiah "Give And Take", teman dapat tupperware dan buku. 


  

                  

No comments:

Post a Comment