Thursday, April 19, 2012

Dekorasi hantaran perkahwinan oleh teman dan kakak ipar

Sebenarnya dah sebulan lebih majlis kawin adik bongsu teman berlangsung. Ramai giler yang datang. Maklumla, majlis kawin yang last kat kg, so kami semua all out buat kerja n sponsor. Teman kena round bandar ambik doorgift yang nak bagi kepada tetamu. Hekhekhek... Teman sebenarnya bukan nak kongsi pasal majlis perkahwinan tapi nak kongsi pasal hantaran yang teman dan kakak ipar decorate untuk majlis perkahwinan tu. Jom layanzzz...











Ni gambar tuan puteri bersama dayang-dayang...

Aduh, Windows 7 Corrupt !!!

Salam.

Lama teman tak update blog ni. Bz sgt dengan projek baru. Projek 6 bulan katakan. Alhamdulillah, sistem teman dah selamat go live. Cuma still ada lagi maintenance yang teman kena buat. Nak dijadikan cerita, hari Isnin baru-baru ni laptop teman problem sbb Windows 7 teman corrupt !!! Hampeh kedidi betul..

Teman pon cari la apa sebabnya windows 7 teman slow yang amat sangat. So, hari Selasa teman dapat detect masalah tu sebenarnya disebabkan oleh Disk Activity 100% Highest Active Time. Sepatutnya Disk Activity 0% Highest Active Time. Sebab tu jd slow.


Teman pon search la kat internet sebab apa jadi lagu ni. Rupa-rupanya sebab windows teman telah diupdate. Windows yang original pon boleh jadi macam tu ka??? Haiyaaa. Sakitnya hati teman. Macam-macam teknik yang teman try untuk settlekan masalah ini. Tapi still sama juga. Nak backup/copy fail pon slow sangat. Semalam, Rabu, teman terfikir untuk guna command prompt untuk copy fail. Dah lama teman tak guna command prompt ni.


Nasib baik boleh copy dr drive d ke external hdd (drive e). Alhamdulillah... So, lepas copy teman pon terfikir nak guna One Key Rescue yang ada kat laptop ni. One Key Rescue ni akan format laptop kepada factory spec atau kepada fail yang telah kita buat backup sebelum ni. Masalahnya teman tak pernah buat backup pon. Hahaha... Ambik ko... So, teman cuba revert kepada factory spec, tp still tak boleh jugak. Hari ni, Khamis, teman decide untuk hantar laptop ini kepada vendor untuk settlekan. Hopefully laptop tu akan ok semula. Dah sakit hati sangat dah ni. Huhuhu.....

Thursday, December 8, 2011

Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Boleh download Pekeliling SBPA kat sini...

Pekeliling SBPA

Monday, July 18, 2011

Adik Bertunang !!!!

Salam...

Dah lama teman tak update blog ni. Sibuk semacam ja sekarang ni. Hari ni teman tak la busy sangat. So, sempat la update blog sikit. Kali ni teman nak cerita pasal adik teman yang bertunang baru-baru ni. Tugas teman dan kakak ipar teman untuk majlis pertunangan ni adalah deko hantaran adik teman. Kakak ipar teman ni kreatif orangnya. Teman tak pandai sangat, tapi boleh la sikit-sikit. Tengok la hasil kerja kami berdua. Cantik tak????

Nak panjangkan cerita, kakak ipar teman ni memang mengambil upah buat bunga telur, bunga hiasan dulang, lapik dulang dan sebagainya la. Hasil rekaan kakak ipar teman ni, memang mendapat pujian orang ramai. Tengok la gambar bunga hiasan dulang tu. Memang kreatif kan....

Selain daripada majlis tunang adik teman tu, kami juga buat sambutan Hari Lahir anak teman yang genap 1 tahun pada hari tersebut. Memang meriah la...






Sesiapa yang berminat nak tempah bunga dulang atau bunga telur, boleh la contact teman. Nanti teman bagitau kakak ipar teman yer... Janji anda puas hati punya...


Thursday, May 19, 2011

Nur Kasih The Movie Di Panggung Hari Ini !!!

Lama dah teman tak update blog ni. Maklum la, sibuk sangat dengan kerja. Hari ni free sikit, so dapat la update kejap blog ni. Kang jadi sarang labah plak.. Hekhekhek...

Hari ni bermula la tayangan Filem Nur Kasih The Movie. Teman siap-siap download lagu tema Nur Kasih yang Tiz Zaqyah menyanyi dengan Yasin untuk dimasukkan dalam handphone. Teman siap cut lagi guna Sound Forge bagi pendek sikit lagu tu... Cerita Nur Kasih ni adalah sambungan daripada drama Nur Kasih yang top pada tahun 2009. Teman dah download drama tu full episod sebab sedap sangat cerita dia.


Teman ada jugak baca blog-blog mengenai filem ini. So, teman dapat la jugak sinopsis filem ni. Isteri Aidil meninggal selepas melahirkan 2 orang anak. Anak pompuan Aidil ni menjadi liar. Sebab tu ada dalam trailer Nur Kasih The Movie, ada budak laki tampar muka Aidil ni. Yang pompuan tu, anak dia la...


Nur pulak mengandung, tapi tak tau sebab apa Nur mengalamai keguguran. Rasanya kemalangan kot. Adam (suami Nur) frust sangat sebab sebelum ni, 2nd wife dia mengandung jugak, lepas tu gugur sebab kemalangan.  So, Adam dan Nur p semula ke Mekah untuk mencari ketenangan dan menyelesaikan masalah mereka berdua.


Bila diaorang dah baik semula, tiba-tiba ada kereta meletup sebab kena langgar keretapi. Rasanya kereta Adam kot sebabnya menurut penulis blog lain, lepas tu yang tua adalah Aidil dan Nur sahaja. So, Adam tua tak ade... Hekhekhek... Rasanya la... Kalu betul Adam yang meninggal, mesti sedih kan... Yela, Nur baru nak  mula hidup baru dengan Adam... Nak rasa bahagia.. Tiba-tiba Adam meninggal... Sediah sangat...



Dipendekkan cerita, sama-sama la kita tengok cerita sebenar. Harap-harap ada la dalam Astro First. Boleh la teman langgan. Malas nak p tengok wayang.  



Wednesday, March 23, 2011

Keputusan SPM Hari Ini. Cuba la semak guna mySMS 15888 !!!!

Pagi-pagi tadi sementara nak menunggu traffic light bertukar menjadi hijau, teman sempat sms anak sedara teman untuk dapatkan nombor kad pengenalan dan nombor angka giliran. Maklum la, hari ini keputusan SPM akan keluar. Teman nak try guna mySMS 15888 untuk mendapatkan keputusan SPM tersebut.



Cara nak SMS keputusan SPM senang ja.
1. Taip SPM Semak [no IC] [no angka giliran]
2. Hantar kepada 15888
3. Tunggu reply dari mySMS

Semakan keputusan SPM boleh dibuat bermula pada 23 Mac 2011 (Rabu) mulai 10.00 pagi sehingga 30 Mac 2011 (Rabu) 12.00 tengah malam.

Teman try banyak kali dah tapi nampaknya line sibuk sangat. Ingatkan nak surprise anak sedara teman tadi. Terpaksa la teman call dia jugak jap lagi. Tapi teman yakin anak sedara teman mesti dapat keputusan yang gempak macam teman jugak dulu. Hekhekhek... Kakak teman cakap, anak sedara teman ni perangai macam teman masa teman muda-muda dulu. Anak sedara teman ni kira best student la dekat Pahang tu. Teman ingat azam anak sedara teman ni sebelum ambil SPM. Dia cakap dia nak mengatasi result Nur Amani yang keluar dalam tv dulu. Kepada Wan Nur Zabirah, semoga mendapat keputusan yang cemerlang dan gempak serta mengatasi rekod Nur Amani... Amin...  

Friday, March 18, 2011

Nasi Beriani @ Saba' Restaurant Cyberjaya

Baru-baru ni teman, member ofis dan bos rasa nak makan nasi beriani di Saba' Restaurant Cyberjaya. Plannya dah lama, tapi oleh kerana corum tak cukup sebelum ni, maka tertangguh la. So, bila corum dah cukup, kami cepat-cepat booking untuk makan nasi beriani ni. Ramai kata sedap, so, kami teruja sangat nak makan. Lagipon, bos janji nak belanja... Apa lagi...pow dia la... Hahaha... Terima kasih bos...



Oleh sebab teman tak pernah makan nasi beriani kat tempat ni, so, tak pandai la nak order yang mana satu. Teman ikut member yang pernah makan ja la... Teman pilih, Roasted Chicken Quarter.


Bila sampai ja apa yg diorder tu, mak datuk, banyaknya nasi... Oleh kerana sedap, teman makan sampai habis. Memang tak rugi la makan kat sini. Memang sedap pon. Lain kali nak p makan lagi la bila time dapat gaji... Hekhekhek....

Thursday, March 17, 2011

Bestnya balik kampung....!!!!

Bestnya rasa dapat balik kampung. Hilang segala stress.. 5 hari teman dapat menghirup udara yang segar di kampung. Dengan angin yang kuat. Maklum la, musim timur. Masa ni la orang-orang kampung main layang-layang. Orang Kedah panggil layang-layang tu, wau... Kampung teman ni dikelilingi sawah padi. Tapi masa teman balik tu, sawah padi dah dituai. Mai teman cerita sikit kat hangpa apa yang teman buat masa balik kampung 5 hari tu...

Hari Pertama (Sabtu)
Teman banyak habiskan masa berbual-bual dengan family dan pusing-pusing keliling rumah. Nampak pokok mempelam (mangga) tengah berbunga. Begitu juga dengan pokok manggis. Maklum la, dah 3 bulan tak balik kampung. Sampai ja waktu petang, teman teringat ada pasal malam. Dah lama teman tak p pasar malam. Apa lagi, terus p ke pasar malam. Makanan yang teman tak lupa adalah pasembor (rojak). Balik ja dari pasar malam, teman terus melantak pasembor tu... Sedap giler... Ayah teman pon beli macam-macam makanan.

Hari Kedua (Ahad)
Pagi tu teman makan pulut dengan buah mempelam. Sedap giler. Dah lama tak makan. Tengah hari plak, family teman ajak teman pergi kenduri kawin sedara teman. So, apa lagi, teman pon bawak la family teman. Ramai jugak teman jumpa sedara-sedara yang dah lama tak jumpa. Habis ja makan kenduri kawin tu, teman jalan-jalan di shopping complex yang berdekatan. Saja layan anak-anak sedara teman. Best giler diaorang dapat jalan. Maklum la, terlepas dari kongkongan mak dan ayah diaorang. Balik daripada shopping complex tu, teman rasa pening semacam ja. Panas sangat masa makan kenduri tadi. Lepas mandi dan solat, teman terus makan panadol dan tidor.

Hari Ketiga (Isnin)
Teman demam pagi tu. Rasa berat sangat kepala. Tak bestnya kalu balik kampung, teman demam... Tak dapat nak p jalan-jalan....So, teman rehat ja sehari kat kampung. Tak bleh nak bergerak ke mana-mana. Plan awal, nak meronggeng ke Alor Star. Petang tu, mak sedara teman datang. So, borak-borak dengan dia ja la....

Hari Keempat (Selasa)
Sihat ja dari demam, pagi tu, teman pergi ke Kangar. Bawak mak teman jalan-jalan. Lepas ja makan tengah hari kat rumah, teman ke Padang Besar, Perlis. Kira-kira 1 jam dari kampung teman, teman pon sampai di Padang Besar. Teman shopping la sikit. Pusing punya pusing, teman beli la 3 pasang jersi team Bola Sepak Malaysia untuk anak-anak sedara dan untuk baby teman. Harga pon berpatutan. Apa lagi, best la diaorang. Macam-macam jersi ada kat situ. Musim cuti sekolah ni, memang la ramai kat Padang Besar tu. Nak parking pon susah.  



Hari Kelima (Rabu)
Hari ni adalah hari terakhir teman di kampung. Sekejap ja rasa. Rasa tak puas dok kampung. Apa bleh buat, nak cuti panjang, kang bos marah pulak. Pagi tu, teman rasa nak makan makanan laut yang teman mesti tak lupa beli kalau balik kampung. Makanan laut tu namanya mentarang. Mentarang ni ada ikut musim. Kira time teman balik ni ada luck la. Kalau tak, susah jugak nak dapat. Kalau ada pon, sikit ja. Tapi dah rezki teman, time teman balik ni, mentarang tu banyak dijual. Sekilo, harganya RM6.00. Teman beli 3 kilo. Sedap ooo..kalu makan. Teman preview sikit gambar dia.




Cara nak masak mentarang ni, senang ja. Lepas kita bersihkan cengkerang dia dari lumpur atau selut, terus panggang di atas bara api. Bila air dalam cengkerang tu dah kering, mentarang tu kira dah masak. So, buka cengkerang tu dan terus makan begitu saja. Lepas ja makan tengah hari, teman terus bertolak balik....Insya Allah, bulan 6 ni, teman balik pulak ke kampung.... Tak sabarnya nak tunggu bulan 6 nih.... Dapat la teman petik buah mempelam dan buah manggis pulak. Hekhekhek....

Monday, March 7, 2011

Ice Room @ Bangi



Semalam teman berkesempatan makan ais krim kat Ice Room, Bangi. Dah lama teringin nak makan ais krim kat situ. Akhirnya, tercapai jugak hajat nak makan ais krim ni. Design kedai Ice Room tu memang cantik. Dipendekkan cerita, teman pon order la ais krim stramberry berharga RM7.90, ais krim peanut berharga RM7.90 dan ais krim blueberry berharga RM7.90. Ok la ais krim dia. Not bad. Tapi rasanya Baskin Robbins lagi sedap kot. Total after tax dalam RM24.90. Rupa-rupanya Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) dah datang ke Ice Room ni.






Cuba la makan ais krim ni kat Ice Room @ Bangi....Daaa....
 

Hari Keluarga @ Desa Waterpark..Syoknya...


Sabtu lepas teman dan family menghadiri Hari Keluarga di Desa Waterpark anjuran kelab ofis teman. Ini pertama kali teman dan family menjejakkan kaki ke Desa Waterpark ni. Sebelum ni nampak-nampak tempat ni kat jalan ja semasa on the way nak ke Mid Valley. Desa Waterpark ni lebih kurang Sunway Lagoon ja. Sunway Lagoon teman dah pernah p. Cuma Desa Waterpark ni tak crowded macam Sunway Lagoon. Tiket nak masuk Desa Waterpark ni, bagi orang dewasa adalah RM20.00 dan kanak-kanak RM14.00. Oleh kerana kelab yang menganjurkan Hari Keluarga ini, maka kami perlu membayar harga pakej termasuk makanan. Atas ehsan kelab, kelab menaja tiket dan juga baju kami untuk kegunaan hari keluarga tersebut. Terima kasih kelab....Tahun depan buat lagi...Hahaha...



Teman sampai waterpark ni dalam pukul 8.15 pagi. Teman naik highway Mex (Maju Expressway). Semasa membuat pendaftaran, teman mendapat door gift, riben kumpulan (teman dapat riben warna kuning bermaksud kumpulan kuning), tiket masuk ke waterpark dan teman perlu serahkan hadiah yang teman bawa untuk acara "Give And Take". Selepas acara perasmian oleh penaung kelab, kami semua terus bersarapan pagi. Acara pertama bermula dengan "Giant Puzzle" bagi kanak-kanak berumur 8 hingga 12 tahun. Seterusnya acara "Memancing" bagi kanak-kanak berumur 3 hingga 7 tahun dan acara "Kutip Gula-gula" bagi kanak-kanak berumur 1 bulan hingga 3 tahun.

                              "Giant Puzzle"                                               "Memancing"

Acara seterusnya adalah "Cabutan Bertuah" dan "Give And Take" bagi nombor 50 hingga 16. Hahaha.... nama teman belum tersenarai. Nama teman mesti berada dalam top 15 ni. Tak pa..tak pa..kita tunggu... Acara diteruskan dengan "Tarik Tali Dalam Air" untuk ahli keluarga. Ramai la ahli keluarga yang menyertainya. Yang kelakarnya, kumpulan yang ada ahlinya pompuan yang menang dalam acara tarik tali ni... Hahaha... gagah jugak pompuan ni ek... 


Acara seterusnya adalah untuk ahli kelab. Setiap kumpulan dibahagikan mengikut riben yang telah diterima. Terdapat 3 kumpulan iaitu kumpulan kuning, merah dan biru. Untuk ahli kelab, terdapat 3 acara yang dipertandingkan iaitu "LRT Express", "Kayak Race" dan "Walking on The Water". Teman yang tak ingat dunia ni, apa lagi, terus main semua acara tersebut. Hekhekhek... Setelah bertungkus lumus bermain, akhirnya kumpulan merah menjadi juara untuk keseluruhan acara, kumpulan kuning naib juara dan kumpulan biru mendapat tempat ketiga. Kami semua (termasuk semua yang tak main) mendapat hadiah secara individu. Nak tau hadiah apa??? Hadiah barang kelengkapan rumah (sabun, ubat gigi, softlan dan sebagainya).... Yang membezakan hadiah masing-masing adalah besar atau kecil softlan yang diterima... Hahaha..padan muka...

Seterusnya bersambung acara "Cabutan Bertuah" dan "Give And Take" bagi nombor 15 hingga 1. Hekhekhek... Berdebarnya teman... Akhirnya teman mendapat "Cabutan Bertuah" bernombor 9... Alhamdulillah.... Tak kesah la hadiah apa yang teman dapat, janji hepi. Tak sabar nak tengok hadiah apa yang teman dapat. 

         
Acara penutup adalah adalah acara sesi bergambar beramai-ramai bersama keluarga masing-masing. Hepi betul la hari tu... Teman sampai rumah dalam pukul 2.15 petang. Nak tau hadiah apa yang teman dapat.... Jeng..jeng...jeng...Untuk hadiah "Cabutan Bertuah" teman dapat pensonic stand mixer...Alhamdullilah...Tercapai jugak hajat teman nak ada mixer sebab nak buat kek... Hekhekhek... Manakala bagi hadiah "Give And Take", teman dapat tupperware dan buku. 


  

                  

Wednesday, March 2, 2011

Sebelum renovate rumah… Apa yang perlu anda lakukan….


Sebelum ini teman ada kongsikan sedikit bagaimana proses penukaran nama bil air dan bil elektrik teman. Selepas melalui proses tersebut, teman rasa adalah lebih baik jikalau teman kongsikan juga langkah-langkah yang teman buat sebelum membuat renovation rumah teman. 


Sebelum renovate rumah

1. Pastikan sumber air dan elektrik telah lengkap di rumah anda. Rujuk post teman bertajuk (Proses penukaran nama untuk bil SYABAS dan TNB…Alahai, susahnya..)

2. Tentukan budget yang kita ada untuk renovate.

3. Tentukan budget untuk membeli peralatan elektrik.

4. Jumlahkan budget untuk renovate dan budget untuk membeli peralatan elektrik supaya kita mendapat jumlah budget yang sebenar.

5. Darabkan jumlah budget anda dengan 10%. 10% tersebut kemungkinan jumlah budget anda akan bertambah.
         Contohnya:
         Budget untuk renovate: RM20 K
         Budget untuk membeli peralatan elektrik: RM5 K
         Jumlah budget : RM20 K + RM5 K = RM25 K
         Budget yang mungkin bertambah : 20% x RM25 K = RM5 K
         Jumlah budget anggaran : RM25 K + RM5 K = RM30 K

6. Kenalpasti aktiviti yang kita nak renovate.

7. Susun aktiviti mengikut keutamaan (priority).
         Contohnya:
i.                 Wiring
ii.                  Cat
iii.                Beli peralatan elektrik
iv.                Buat tembok
v.                  Simen parking tempat parking kereta
vi.                Pasang grill
vii.              Pasang gate
viii.            Pasang plaster ceiling
ix.                Pasang kitchen cabinet
x.                  Pasang Wardrobe
xi.                Pasang peralatan elektrik

8. Sekiranya aktiviti renovation yang ingin dibuat melibatkan pengubahsuaian kepada struktur rumah seperti perbesarkan rumah, buat porch dan sebagainya, pastikan anda mendapat kebenaran daripada majlis perbandaran dahulu. Proses memohon kebenaran ini mengambil masa hanya sehari sahaja. Deposit yang dikenakan oleh majlis perbandaran bergantung kepada aktiviti renovate yang akan dilakukan.

9. Ambil gambar rumah anda sebelum aktiviti renovation dijalankan.

10. Jalankan survey bagi mendapatkan kos setiap aktiviti renovation yang telah dirancang. Survey boleh dibuat secara surf internet, tanya member-member yang pernah buat renovation, dapatkan quotation daripada syarikat dan sebagainya.

11. Pastikan setiap aktiviti renovation tersebut, anda mendapatkan sekurang-kurangnya 3 quotation atau harga bagi memudahkan anda membuat perbandingan. Tidak semestinya harga yang murah, anda berpuas hati dengan kerjanya.

12. Pastikan juga anda telah perincikan setiap aktiviti renovation tersebut kepada syarikat. Ini mengelakkan anda daripada tersasar daripada budget sebenar kerana kemungkinan terdapat kos yang tersembunyi.

13. Buat pemilihan quotation dan harga.

14. Kira semua kos yang diperlukan supaya anda dapat menjimatkan kos tambahan 5% sebelum ini. Sekiranya terlebih budget, buat aktiviti renovation mengikut priority yang telah anda tetapkan sebelum ini.

15. Hubungi syarikat atau individu yang akan buat kerja-kerja renovate tersebut. Tetapkan tarikh mula dan tamat bekerja. Catatkan dalam kalendar anda. Bayar deposit sekiranya perlu. TIPS: Pastikan anda jangan bayar sepenuhnya sekiranya kerja belum siap. 

16. Hubungi syarikat atau individu terbabit sebelum kerja-kerja renovation dijalankan. Ini memudahkan anda memantau kerja-kerja tersebut.

17. Simpan semua bukti pembayaran, quotation, nombor telefon serta alamat syarikat dan individu yang telah anda pilih. Ini dapat mengelakkan anda daripada tertipu.

Sebelum dan selepas renovate plak… TUNGGU post seterusnya !!!!!! 

Tuesday, March 1, 2011

Cicak Gecko, penawar penyakit HIV AIDS. Sejauh mana kebenarannya???

Baru-baru ni teman ada dengar cerita mengenai cicak gecko ni dari sahabat teman, Ali (bukan nama sebenar). Dia cakap, kawan-kawan dia tengah sibuk mencari cicak gecko ni. Kawan dia pernah menjual cicak ni yang beratnya 100gram dengan harga RM100.00. Katanya lagi, cicak gecko ni dapat mengubati penyakit HIV. Sejauh mana kebenarnnya, teman tak pasti. Yang pastinya kawan dia yang jual cicak tu, memang dapat duit.

Mai kita preview sikit gambar cicak gecko ni... Teman ambik gambar ni dari website lain.


Sesetengah orang mengenali cicak gecko ni dengan nama pokka, pokke atau toke'. Sahabat teman bagi tau lagi, cicak ni banyak ditemui di Pahang. So, orang Pahang, apa lagi.... Cepat la cari cicak ni. Mana tau, ada rezki... Hekhekhek...

Misi teman sempena nak balik kampung ni adalah .... CARI CICAK GECKO !!!! Hahaha...

    

Monday, February 28, 2011

Panduan Perlindungan Terhadap Jenayah Penyamaran Laman Web (Web Phishing Scams)

Minggu lepas teman berkesempatan menghadiri knowledge sharing mengenai security terhadap rangkaian. Syarikat Time Engineering Berhad telah share mengenai solution yang mereka ada. Memang best la penerangan dari diaorang. Teman bukan nak cerita mengenai knowledge sharing tersebut. Tapi teman teringat mengenai "Panduan Perlindungan Terhadap Jenayah Penyamaran Laman Web (Web Phishing Scams)" yang teman terima melalui e-mel.

Sekarang banyak urusan yang kita buat melalui perkhidmatan online. Nak bayar bil-bil dah tak payah beratur panjang. Sama jugak dengan nak bayar kereta, rumah dan sebagainya. Semuanya secara "ONLINE". Oleh kerana teknologi ini terus berkembang dengan pesatnya, maka jenayah siber pon semakin meningkat. Banyak penyamaran berlaku di laman web yang menyediakan perkhidmatan online ini. Bagi mengelakkan anda tertipu, teman nak kongsi sikit mengenai panduan ini secara ringkas.

"Phishing" merujuk kepada jenayah penipuan melalui penghantaran e-mel atau mesej palsu melalui aplikasi e-mel, teks pesanan ringkas (sms), instant messenger atau media jaringan sosial kepada pengguna bertujuan untuk mendapatkan maklumat peribadi yang sensitif seperti nama pengguna (username), kata laluan (password), nombor kad pengenalan, butiran kad kredit dan sebagainya. Kita selalu terpedaya dengan e-mel penyamaran yang seakan-akan serupa dengan e-mel yang sah. So, tidak hairan la kalu anda ada terima e-mel yang minta anda bagi butiran diri dan akaun untuk dikemaskini. Kononnya bank yang minta kita update la. Ah... menipu la semua tu.

Kerugian yang akan timbul dari phishing adalah kerugian yang besar dari segi kewangan (siapa yang ada duit banyak dalam akaun, berputih la biji mata), pencurian identiti serta halangan capaian ke akaun e-mel dan akaun perbankan internet. So, sapa yang rugi, anda juga yang rugi. Yang untung, depa yang melakukan aktiviti pishing ni...

So, macam mana kita nak melindungi dari terkena aktiviti pishing ni?

  1. Waspada dengan e-mel yang meminta maklumat sensitif.
  2. Jangan log masuk melalui e-mel yang disediakan dalam e-mel.
  3. Pastikan kesahihan link.
  4. Pastikan Laman Web Menggunakan Secure Hypertext Transfer Protocol (HTTPS).
  5. Lakukan Semakan Kesahihan Sijil Server SSL (SSL Server Certificate).
  6. Lakukan Semakan Pengesahan Pensijilan Cert
Selain daripada langkah-langkah di atas, anda dinasihatkan mematuhi amaran jenayah pencurian identiti daripada Polis Diraja Malaysia seperti berikut:

  1. Jangan layan sebarang panggilan telefon/ SMS/ e-mel yang meminta butir-butir perbankan anda
  2. Jangan dedahkan maklumat akaun/ nombor PIN ATM/ kata laluan perbankan Internet anda kepada mana-mana pihak
  3. Jangan terperdaya dengan arahan orang yang tidak dikenali untuk melakukan sebarang transaksi atau perubahan butir-butir perbankan anda.

 Selamat Ber"ONLINE"....

Thursday, February 24, 2011

Pure Mediterranean Perfumes

Teman nak buat promosi produk Pure Mediterranean Perfumes sikit yer... Hekhekhek... Niat nak tolong adik teman yang jual perfume ni. Maklum la, adik teman baru nak berkecimpung dalam jual perfume ni. Nak support adik kan... 


Cerita pasal perfume ni, perfume ni ada 4 set. 1 set untuk kaum adam dan 3 set lagi untuk kaum hawa. Teman pon pakai perfume ni. Harumannya tahan sampai 2 hari tu beb... Bagi umat Islam, perfume ni boleh dipakai dalam solat. Harga dia tak mahal. Hanya RM28.00 untuk Semenanjung Malaysia dan RM32.00 untuk Sabah dan Sarawak. 


Preview sikit gambar perfume ni...




Kalau ada sesiapa yang berminat, lawatilah blog ini: http://pureperfumescorner.blogspot.com/ 

Wednesday, February 16, 2011

Alahai, lambatnya kontraktor ni buat kerja... Report tribunal kang...

Teman dah bengang tahap gaban dgn sorang kontraktor yg renovate rumah teman. Lombap giler... Setiap kali nak suruh dia datang sambung kerja, teman kena call berkali-kali. Kadang-kadang tu, dia tak dtg pon walaupon dah janji dengan teman. Kerja kontraktor ni buat + pasang grill, buat + pintu pagar, simen depan rumah, buat temabok, tukar cermin dan buat + pasang awning. Teman bank in deposit kat dia bulan 11 lagi. Tup-tup smpai skrg tak siap-siap lagi.

Sekarang teman malas dah nak call. Lantak dia la. Teman tak bayar abis lagi kerja dia sbbnya tak siap lagi. Yang kelakarnya, dah la kerja dia tak siap lagi, ada hati plak nak buatkan awning kat porch rumah teman. Ish..ish..ish..tak paham betol la teman ni. Skrg dah nak masuk 3 minggu si mamat ni tak datang. Report kat tribunal baru tau. Walaupon grill n pagar dia ni cantik n berkualiti tp lombap sgt. Skrg dh 3 bulan. Tp tak siap lagi. Sapa yang tahan beb.

Sebelum ni teman dh call marah-marah sbb lepas sebulan teman bank in duit, satu apa kerja tak buat lagi. Bila teman call dia akan dtg buat kerja pukul 3:00 petang. Mana nak siap cepat kalu buat kerja mcm tu. Lepas 2 or 3 jam buat kerja, dia nak balik dah. Ada sekali tu, teman tunggu dia buat kerja. Dapat la dia buat kerja 6 jam. Tp yang dia simen kat depan rumah tu, teman memang tak puas hati. Bila hujan ja, mesti berlubang. Teman tau, mesti dia letak simen sikit tu. Sebab tu berlubang. Adjust punya adjust still berlubang tp ok sikit la. Rill nak pasang pagar pon tinggi sebelah. Macam mana la teman nak pasang auto gate nanti. Nak suruh dia adjust, tah bila nak siap. Kerja yang ada skrg ni pon tak siap-siap lagi.

Macam-macam lagi la masalah kontraktor ni. Masa teman bising n marah hari tu, ada ka patut ayah dia tak mau buat kerja-kerja tu dah kat rumah teman. Dah la deposit dia amik. Kerja tak mau buat. Sampai masa tu, teman dah bengang giler n nak report kat polis dah. Masa tu call pon tak mau angkat. Bila teman ugut nak report polis, baru dia angkat n datang buat kerja. Company mamat ni n ayah dia kat semenyih. So, hati-hati la. Teman tak mau dedahkan nama company dia. Nanti tutup pintu rezeki plak. Tapi apa yg dia n ayah dia buat ni memang menyakitkan hati. Hanya Allah yang mampu membalasnya...  

Masuk Rumah Baru - Letihnya pindah barang

Teman dah lama tak update blog ni. Maklum la busy sgt dgn kerja dan proses pindah barang ke rumah baru. Alhamdulillah, teman dah masuk ke rumah baru tanggal 13 Jan 2011 (Khamis) bersamaan 8 Safar 1432H. Walaupun masih terdapat kerja-kerja renovation rumah yang masih belum siap, teman terpaksa jugak pindah sbb penyewa baru nak masuk 15 Jan. Mak teman cakap, kalau nak masuk rumah, kena masuk hari Khamis malam Jumaat dan masa tu kena bulan tengah naik. Maksudnya bulan Islam hendaklah dari 1hb hingga 14hb. Tu petua orang-orang tua. Dan malam tu juga, sebagai seorang Islam, teman baca la surah yasin. Maklum la, masuk rumah baru. Ada baby plak tu.

Cerita pasal penyewa baru ni, teman ada masalah skit. Teman dh siap bersihkan rumah, basuh lagi dapur. Tp penyewa baru ni masih complaint lagi. Itu ini, dia complaint. Macam la dia tu tuan rumah. Ada ka patut dia complaint pasal ranting pokok kat rumah sebelah yg menjalar masuk ke rumah sewa tu. Takkan itu teman nak bersihkan. Kalau nak potong ranting pokok tu, alamatnya teman kena ke rumah sebelah la. Ish..ish..ish, tak masuk akal langsung. Teman buat tak tahu ja pasal pokok tu. Lantakla... Bukan masalah teman pon kan... Hekhekhek..

Sebenarnya teman dah pindah barang seminggu sebelum masuk rumah. Teman pindah barang pada 8 Jan (Sabtu). Teman sewa lori 3 tan sekali dgn orang angkut barang. Dapat la dalam RM250. Mula-mula tengok lori tu macam tak muat ja barang teman. Lepas disusun-susun, rupanya masih banyak lagi barang yang boleh angkut. Tabik la pada abang-abang lori tu. Profesional dalam susun barang tuh... Siap pokok bunga teman, diaorang angkut. Baguih betui la... Bab angkut barang dah selesai.

Masalah nak kemas plak yang teman dok pikirkan...  

Wednesday, December 22, 2010

Proses penukaran nama untuk bil SYABAS dan TNB...Alahai...susahnya..

Teman nak cerita pengalaman teman nak tukar nama tuan rumah kepada nama teman untuk bil SYABAS dan TNB. Mula-mula ingatkan senang, rupa-rupanya susah jugak ek. Sebelum teman ke pejabat SYABAS dan TNB, teman telefon dulu. Nak pastikan dokumen dan duit yang perlu di bawa. Teman cerita pasal TNB dulu.

TNB
Sebelum nak call teman tengok dekat bil rumah teman, nombor telefon TNB. Teman pon call la. Mula-mula teman call nombor 1300885454. Call punya call, susahnya nak dapat cakap dgn operator. Asyik kena tinggalkan pesanan ja. Bukan TNB tu nak call balik. Tak dapat la bercakap dgn operator dia. So, teman masuk pulak dalam website TNB, cari nombor telefon. Still sama nombor telefon dia. Tp nape operator tak jawab-jawab panggilan teman. Apa lagi, teman tgk map ke TNB tersebut. Ada nombor satu lagi dalam website TNB. Teman call nombor aduan 15454. Baru la dapat cakap dengan operator dia. Teman sebenarnya kena bawak SNP dan salinan IC.Itu ja yang operator bagitau. Teman check jugak baki yg tuan rumah belum bayar. Ada la baki RM169.10 lagi. So, teman terus ke sana. Mak datuk, jauhnya. TNB kat SS15, Subang jaya. Jem tu... Bila dah sampai sana, teman pon kena isi borang penukaran nama. Dari pukul 12:00 tengah hari sampai pukul 4:00 petang baru settle. Lama giler. Baby dah mengamuk dh.. Teman lagi la mengamuk. Apsal lambat sgt ni... Rupa-rupanya yang jaga kaunter tu orang baru. Sikit-sikit nak tanya orang macam mana nak isi dalam komputer. Takkan nak tukar nama pon susah. Semua dokumen dah lengkap. Teman dh berangin n tension dah. Rasa nak mengamuk ja kat ctu. Berkat kesabaran teman, proses penukaran nama pon settle. Teman kena bayar RM17.65 untuk tunggakan bil, RM3.00 utk proses penukaran nama dan RM280.00 untuk cagaran. Kerani tu cakap, fius akan dipasang ptg tu jugak dan elektrik dah boleh guna.

Sampai ja rumah, dh dekat pukul 6:00 petang sbb jalan jem teruk depan Sunway Piramid tu. Keesokkan harinya, TNB tu call semula. Dia cakap teman belum bagi pada dia setem hasil RM10 dua keping. Kerani tu kata dia nampak teman pegang setem tu kat tangan masa teman kat kaunter. Bila masa plak teman pegang setem hasil tu. Setem hasil tu pon teman tak tau kena beli. Ingatkan kita bayar kat TNB tu termasuk sekali dengan setem hasil. Apsal kerani tu awal-awal tak semak borang tu dulu. Hampeh tol. So, kerani tu cakap, teman kena ke sana sekali lagi untuk hantar setem hasil. Kan gila kerjanya. Dah la jauh. Jem pulak tu. Nak tak nak teman ke sana jugak pada hari berikutnya semata-mata untuk hantar setem yg berharga RM20 tu. Memang hampeh.....

So, moral of the story, untuk proses penukaran nama bil TNB dari owner lama, pastikan anda sediakan item seperti berikut:
1. 1 salinan SNP
2. 1 salinan IC
3. 2 keping setem hasil RM10
4. Duit RM280, RM3 dan duit tunggakan bil

Nak cerita pengalaman tukar nama dekat SYABAS pulak.

SYABAS    
Yang ni lagi mencabar hati dan perasan teman. Seperti biasa, teman call dulu nombor syabas. Nombor syabas pon teman ambilk dekat bil syabas rumah teman. Call punya call operator cakap bil tertunggak adalah RM74.65. Teman boleh bayar kat mana-mana kaunter syabas. Operator tu cakap lagi, sekiranya teman nak apply baru, teman kena guna plumber yang berdaftar dengan syabas untuk pasang meter sbb rumah tu lebih dari 6 tahun telah dipotong air. So, operator tu bagi la nombor-nombor plumber yang bleh pasang meter tu. Teman call la satu persatu, ada yg mintak RM530 termasuk meter n pemasangan, ada yang RM250, ada yang RM300. Teman pon terpikir, apa kerja plumber ni sampai mahal sangat. Takkan syabas tak bleh buat sendiri. So, teman tanya la orang kat area rumah tu. Rupa-rupanya kita boleh tandatangan surat tanggung risiko kepada syabas sekiranya tak mau guna plumber. Teman ambil keputusan, teman ke SYABAS yang terdekat iatu kat Kajang. Susahnya nak cari Syabas Kajang ni... Maklum la, teman bukan orang Kajang. Pusing punya pusing, akhirnya teman jumpa Syabas Kajang tu. Pejabat Syabas Kajang adalah bertentangan dengan Hospital Kajang.Yang sakit hatinya, teman tak bleh nak buat tukar nama kat ctu. Tadi teman tanya operator, dia cakap boleh ja kat mana-mana. Sakitnya hati tak terkata. Dah la lapar, penat pulat tu sbb cari syabas Kajang tak jumpa. Jem lagi... Teman kena pergi ke Syabas Petaling Jaya jugak untuk settlekan masalah ni. Buang masa n tenaga ja.

So, keesokkan harinya, teman pergi la Syabas Petaling Jaya. Mak datuk, jauh n jemnya. Syabas Petaling kat Jalan Templer. Dapat la settlekan semuanya (Agaknya la)... Jangan jadi macam kes TNB dah la. Teman kena kemukakan dokumen SNP dan IC. Bayaran yang dikenakan adalah RM74.65 untuk bil tertunggak, RM100 untuk cagaran dan RM30 untuk caj pemasangan termasuk meter. Teman jugak kena tandatangan surat menanggung risiko. So, kerani tu cakap, dalam 3 bekerja, syabas akan pasang meter air.

Tunggu punya tunggu, dah 4 hari, meter tak pasang lagi. Teman pon hairan. Teman call la Syabas Petaling Jaya tu. Rupa-rupanya stand meter kat rumah teman tu tak mengikut standard Syabas. So, orang syabas tak dapat pasang meter. Baru teman teringat, rupa2nya ni la kerja plumber. Pastikan stand untuk meter air adalah mengikut standard syabas. Terpaksa la teman cari plumber jugak untuk pastikan stand tu ikut standard Syabas. Kena pulak RM100. Keesokkan harinya lagi, meter rumah teman dah siap dipasang.

So, moral of the story, sebelum tandatangan surat menanggung risiko (yang tak dikenakan bayaran oleh syabas), pastikan meter anda mengikut standard syabas dahulu. Untuk proses penukaran nama, pastikan anda membawa:
1. 1 salinan SNP
2. 1 salinan IC
3. Duit RM100, RM30 dan duit tunggakan bil    

Sekiranya anda tandatangan surat menanggung risiko, anda telah menjimatkan duit upah plumber yang upahnya tak masuk akal. Hekhekhek...

Tuesday, November 30, 2010

Rumah Oh!! Rumah - Siri 2

Alhamdulillah, tanggal 19 November 2010, akhirnya termakhbul impian teman untuk memiliki sebuah rumah double storey 22 x 70. Dah lama teman tunggu. Dari bulan 3 lagi. So, next step teman, teman kena buat survey untuk membuat sedikit renovation pada rumah tu. Tak la banyak sangat sebab budget ciput ja... Hekhekhek... Teman bercadang nak buat kabinet dapur, wardrobe, grill + gate, plaster ceiling, wiring dan cat. Tu pon kalau cukup budget la...

Survey punya survey, teman dapat la budget terbaik dan termurah macam ni:

  1. Gate wrought iron 17 kaki termasuk tembok 2 biji - RM4000.00
  2. Grill depan belakang wrought iron (5 bilik, ruang tamu, pintu depan, pintu belakang, 3 tandas) - RM3700.00
  3. Awning belakang (3 bilik + 1 dapur) = RM700.00
  4. Simen parking kereta - RM1500.00
  5. Tukar tingkap dapur sebab dan rosak - RM600.00
  6. Tutup bawah tangga dan buat stor bawah tangga (termasuk cat tangga) - RM1500.00
  7. Kabinet dapur L Shape atas bawah jenis melamine, sikit glass, table top solid surface (termasuk FOC rak pinggan, rak cawan, 2 bowl) - RM6720.00       
  8. Wardrobe 9 kaki sampai ceiling - 9'' x RM320 = RM2880.00
  9. Beli cat dan cat luar dan dalam termasuk tembok depan (guna 17 bekas cat NIPPON - 3 warna cat untuk dalam dan 2 warna cat untuk luar) + FOC (check tangki air + tampal ceiling yang rosak (2 keping)) - RM3100.00
  10. Plaster ceiling ruang tamu dan ruang makan + wiring n pasang downlight 10 biji - RM2000.00
  11. Wiring (6 kipas + 3 lampu + 1 water heater + 1 air cond ) + pasang (7 kipas + 11 lampu + 1 water heater) - RM2000.00    
  12. Peralatan elektrik (3 kipas + 8 lampu kalimantang + 3 lampu bilik + 10 downlight + 2 lampu gate + water heater + semua mentol warranty 1 tahun) - RM1700.00
  13. Air-cond 1.5HP jenis ACSON untuk master bedroom (termasuk pasang) - RM1300
Agak-agak jumlah semua berapa yer... Jap nak kira... Geng...geng..geng.. Jumlah semua RM31,700.00. Mak datuk...Mahalnya nak memenuhi citarasa teman yang mula-mula tu. Hahaha...teman saja ambik qoutation. Saja ja nak tau harga keseluruhan. Teman bukan nak buat semua tu. Pilih yang penting ja dulu. Tu teman tak kira lagi untuk curtain. Agak-agaknya berapa yer. Mahu seribu or 2 ribu kot... Kos pindah rumah lagi. Tak pa la. Hold dulu mana-mana yang bleh hold. Maklum la, budget bukan banyak pon. Nanti teman update apa yang teman dah pilih n buat ek.

Tapi apa yang menariknya, teman dapat semua qoutation ni dengan orang Melayu. Kebanyakan diaorang buat sendiri. Sebab tu jadi murah. Kalau buat di kilang, kos akan jadi mahal lagi. Apa yag pastinya, cat, kabinet dapur dan wardrobe adalah yang terbaik. Tak jumpa dah harga macam ni dengan orang lain.

Wednesday, October 27, 2010

Memori Terindah di Cameron Highlands

Alhamdulillah, selama hampir 10 tahun teman tak mengunjungi Cameron Highlands, akhirnya teman menjejakkan kaki buat kali kedua pada 23 November 2010 (Sabtu). Tak ternilai anugerah Illahi kepada kecantikkan Cameron Highlands. Teman terpegun dan terpesona melihat keindahan ladang teh, ladang strawberry, ladang ros, orkid, kaktus dan macam-macam lagi la. Tak rugi rasanya kalau p bercuti di Cameron Highlands. Dengan udaranya yang nyaman dan sejuk... Best gilerzz...






Selain melawat tempat-tempat menarik ni, teman tak melepaskan peluang untuk minum teh boh, teh cameron di ladang tersebut. Cuaca masa tu sangat la sejuk, so minum teh tu dapat la menghangatkan badan. Teman juga dapat makan strawberry bersalut coklat di pasar malam Cameron Highlands. Jangan jeles... Di ladang strawberry pulak, teman dapat menikmati strawberry yang fresh bersalut krim dan ais krim strawberry. Sedap beb...

 
Teman jugak tak melepaskan peluang ber"shopping" di pasar pagi Cameron Highlands. Nasib baik gaji tak masuk lagi. So, teman ber"shopping" berpada-pada la. Semua benda yang dijual, mesti wajib ada gambar strawberry... Payung strawberry, bantal strawberry, beg strawberry, key chain strawberry, tuala strawberry, bakul strawberry.. Macam-macam la. Naik juling mata ni tengok barang-barang ni. Barang-barang basah pon macam-macam. Terutamanya sayur dan jagung fresh dari kebun dan ladang. Teman beli ubi manis sbb sebelum tu dah merasa ubi manis rebus di pasar malam Cameron. Sedap oo... Teman cari jugak benda makan yang pelik-pelik kat situ. Jumpa la kim chan goreng. Apa lagi, try la. Sedap jugak. Lupa plak nak ambik gambar.


 
Turun ja dari Cameron tu dalam pukul 12:00 tengah hari. Teman singgah pulak di Air Terjun Lata Iskandar. Bukan nak mandi pun tapi cari barang-barang kraftangan kat situ. Orang asli yang buat. Berkualiti barang dia. Apa lagi, teman sambar la 2 biji lampu utk diletakkan kat rumah baru nanti. Hekhekhek... Cari jugak langsir yang diperbuat daripada kayu utk diletakkan di dapur, tapi habis plak. Pukul 3:00 petang, teman dah sampai di Tapah. Rehat, makan dan solat di Tapah. Pukul 6:00 petang, teman sampai di rumah.