Monday, October 18, 2010

Rumah, rumah. Bila boleh dapat kunci ni.. Sedihnya...

Aku (guna "aku" sebab marah sangat dah ni) bengang betul sejak hari Jumaat lagi. Janji boleh dapat kunci dah. Tup tup lawyer cakap, loan gov tak lulus pulak. Alasannya master title dah terbatal sebab dah tukar ke individual title. Proses nak tukar nama ke individual title tu ambil masa lama. Maybe setahun or 2 tahun. Hampeh betul. Sakitnya hati tak terkata. Rasa give up dah beli rumah second hand nih. Apsal awal-awal benda tuh tak disemak dulu. Aku nak marah lawyer pon tak boleh sebab prosedur tu tak dinyatakan awal-awal lg. Bila ke B... baru tau.



Sekarang aku ditengah-tengah. Nak tolak rumah tu, mati hidup semula tak jumpa dah harga rumah double storey secantik tu. So, aku diberi pilihan oleh lawyer guna loan bank ja. Hari Sabtu lepas, aku jumpa lawyer pasal loan bank tu la. Discuss punya discuss, mak oii... banyaknya aku kena bayar. Walaupon beza RM50 ja sebulan, tapi kalu kira 27 tahun, banyak tuh aku kena bayar. Lawyer pulak aku kena guna 2 lawyer. 1 lawyer antara aku dengan tuan rumah. 1 lagi antara aku dengan bank. Tu tak kira dengan BLR lagi. Kalau BLR turun aku untung la. Kalau naik, tak mampus aku. Tapi yang aku nampak kelebihan buat loan bank ada satu ja. Bank boleh nilai harga rumah lebih tinggi dari gov. Hekhekhek. Pikiaq punya pikiaq, aku rasa baik aku call B.. dulu. Mana tau kot-kot dia boleh selesaikan masalah aku ni. Kalau boleh selesai, lepas ni boleh la aku jadi lawyer la. Hahaha....          

So, hari ni aku call B.. 3 orang pegawai B.. aku tanya pasal masalah aku ni. Last sekali bercakap dengan pegawai tinggi B.. Aku inform la pejabat tanah boleh keluarkan surat mengenai individual title tu, tapi pegawai B.. cakap, tak boleh jugak. Sekarang aku baru faham setelah pegawai B.. tu explain kat aku. Bukan apa, takut lawyer tu kencing aku ja. Hahaha. Tapi pegawai B.. cakap, dia akan bawak berbincang kes aku ni dengan pegawai-pegawai di B.. Lega sikit hati aku ni.  Aku akan tunggu jawapan dari B.. Harap-harap ada la jalan penyelesaian yang cepat.
 

No comments:

Post a Comment