Wednesday, October 27, 2010

Memori Terindah di Cameron Highlands

Alhamdulillah, selama hampir 10 tahun teman tak mengunjungi Cameron Highlands, akhirnya teman menjejakkan kaki buat kali kedua pada 23 November 2010 (Sabtu). Tak ternilai anugerah Illahi kepada kecantikkan Cameron Highlands. Teman terpegun dan terpesona melihat keindahan ladang teh, ladang strawberry, ladang ros, orkid, kaktus dan macam-macam lagi la. Tak rugi rasanya kalau p bercuti di Cameron Highlands. Dengan udaranya yang nyaman dan sejuk... Best gilerzz...






Selain melawat tempat-tempat menarik ni, teman tak melepaskan peluang untuk minum teh boh, teh cameron di ladang tersebut. Cuaca masa tu sangat la sejuk, so minum teh tu dapat la menghangatkan badan. Teman juga dapat makan strawberry bersalut coklat di pasar malam Cameron Highlands. Jangan jeles... Di ladang strawberry pulak, teman dapat menikmati strawberry yang fresh bersalut krim dan ais krim strawberry. Sedap beb...

 
Teman jugak tak melepaskan peluang ber"shopping" di pasar pagi Cameron Highlands. Nasib baik gaji tak masuk lagi. So, teman ber"shopping" berpada-pada la. Semua benda yang dijual, mesti wajib ada gambar strawberry... Payung strawberry, bantal strawberry, beg strawberry, key chain strawberry, tuala strawberry, bakul strawberry.. Macam-macam la. Naik juling mata ni tengok barang-barang ni. Barang-barang basah pon macam-macam. Terutamanya sayur dan jagung fresh dari kebun dan ladang. Teman beli ubi manis sbb sebelum tu dah merasa ubi manis rebus di pasar malam Cameron. Sedap oo... Teman cari jugak benda makan yang pelik-pelik kat situ. Jumpa la kim chan goreng. Apa lagi, try la. Sedap jugak. Lupa plak nak ambik gambar.


 
Turun ja dari Cameron tu dalam pukul 12:00 tengah hari. Teman singgah pulak di Air Terjun Lata Iskandar. Bukan nak mandi pun tapi cari barang-barang kraftangan kat situ. Orang asli yang buat. Berkualiti barang dia. Apa lagi, teman sambar la 2 biji lampu utk diletakkan kat rumah baru nanti. Hekhekhek... Cari jugak langsir yang diperbuat daripada kayu utk diletakkan di dapur, tapi habis plak. Pukul 3:00 petang, teman dah sampai di Tapah. Rehat, makan dan solat di Tapah. Pukul 6:00 petang, teman sampai di rumah.    

Wednesday, October 20, 2010

Pinjaman Perumahan 100%

Mula-mula teman dengar bajet 2011 mengenai pinjaman perumahan, teman teruja sebab pinjaman perumahan meningkat dari 90% kepada 100% untuk rumah pertama dan gaji isi rumah tidak lebih dari RM3,000. Correct me if i'm wrong. Untuk golongan muda berita ini mengembirakan kerana mereka tidak perlu menyediakan downpayment untuk membeli rumah. Maka akan terdapatlah ramai golongan muda mempunyai rumah sewaktu usia muda nanti. Muda-muda dah ada rumah nooo....

Lepas tu teman ada terbaca komen admin pengurusan wang mengenai berita ini. Pada teman, mungkin ada pro dan kontranya. Senario yang teman petik dari komen tersebut adalah seperti berikut:

------------------------------------
0% downpayment atau 100% loan
------------------------------------

Harga Rumah: RM220,000
% interest (kasar): 6.30% (BLR Oktober)
Tempoh bayaran balik: 30 tahun
Bayaran bulanan: RM1,362
Jumlah bayaran pada bank: RM490,320
Jumlah lebihan anda bayar: RM490,320 - RM220,000 = RM270,320

------------------------------------
10% downpayment atau 90% loan
------------------------------------

Harga Rumah: RM220,000
% interest (kasar): 6.30%
Tempoh bayaran balik: 30 tahun
Bayaran bulanan: RM1,226
Jumlah bayaran pada bank: RM441,360
Jumlah lebihan anda bayar: RM441,360 - RM220,000 = RM221,360

Perbezaan lebih kurang RM48,960.

Cara ideal untuk membeli rumah untuk anda sendiri diami dan MENGURANGKAN anda bayar 'interest' (sesuatu yang merugikan) adalah dengan bayar downpayment tinggi dan pendekkan tempoh pinjaman. Lagi panjang tempoh bayaran, lagi tinggi interest, lagi banyak wang yang tak sepatutnya dibayar, lagi tinggi bank untung.


 Renung-renungkanlah dan selamat beramal...

Monday, October 18, 2010

Mini Popia Goreng kembali lagi...!!!

Sesiapa yang nak tempah mini popia goreng untuk Hari Raya Aidilfitri ni atau any function, boleh la hubungi teman di talian 012-5567465 atau layari URL: http://minipopiagoreng.blogspot.com

Rumah, rumah. Bila boleh dapat kunci ni.. Sedihnya...

Aku (guna "aku" sebab marah sangat dah ni) bengang betul sejak hari Jumaat lagi. Janji boleh dapat kunci dah. Tup tup lawyer cakap, loan gov tak lulus pulak. Alasannya master title dah terbatal sebab dah tukar ke individual title. Proses nak tukar nama ke individual title tu ambil masa lama. Maybe setahun or 2 tahun. Hampeh betul. Sakitnya hati tak terkata. Rasa give up dah beli rumah second hand nih. Apsal awal-awal benda tuh tak disemak dulu. Aku nak marah lawyer pon tak boleh sebab prosedur tu tak dinyatakan awal-awal lg. Bila ke B... baru tau.



Sekarang aku ditengah-tengah. Nak tolak rumah tu, mati hidup semula tak jumpa dah harga rumah double storey secantik tu. So, aku diberi pilihan oleh lawyer guna loan bank ja. Hari Sabtu lepas, aku jumpa lawyer pasal loan bank tu la. Discuss punya discuss, mak oii... banyaknya aku kena bayar. Walaupon beza RM50 ja sebulan, tapi kalu kira 27 tahun, banyak tuh aku kena bayar. Lawyer pulak aku kena guna 2 lawyer. 1 lawyer antara aku dengan tuan rumah. 1 lagi antara aku dengan bank. Tu tak kira dengan BLR lagi. Kalau BLR turun aku untung la. Kalau naik, tak mampus aku. Tapi yang aku nampak kelebihan buat loan bank ada satu ja. Bank boleh nilai harga rumah lebih tinggi dari gov. Hekhekhek. Pikiaq punya pikiaq, aku rasa baik aku call B.. dulu. Mana tau kot-kot dia boleh selesaikan masalah aku ni. Kalau boleh selesai, lepas ni boleh la aku jadi lawyer la. Hahaha....          

So, hari ni aku call B.. 3 orang pegawai B.. aku tanya pasal masalah aku ni. Last sekali bercakap dengan pegawai tinggi B.. Aku inform la pejabat tanah boleh keluarkan surat mengenai individual title tu, tapi pegawai B.. cakap, tak boleh jugak. Sekarang aku baru faham setelah pegawai B.. tu explain kat aku. Bukan apa, takut lawyer tu kencing aku ja. Hahaha. Tapi pegawai B.. cakap, dia akan bawak berbincang kes aku ni dengan pegawai-pegawai di B.. Lega sikit hati aku ni.  Aku akan tunggu jawapan dari B.. Harap-harap ada la jalan penyelesaian yang cepat.
 

Friday, October 15, 2010

Berpindah ke rumah baru

Insya Allah, minggu depan teman akan dapat kunci rumah. Alhamdulillah...akhirnya tercapai jugak hajat teman nak ada rumah sendiri. Sekarang teman tengah survey-survey harga untuk renovate rumah. Banyak benda yang teman nak buat dengan rumah baru ni. Tapi bila memikirkan ongkosnya...berpeluh jugak teman. So, teman buat la benda-benda yang penting dulu. Teman bercadang dengan duit yang ada tuh, teman nak buat kitchen cabinet, wardrobe dalam master bedroom, pasg grill, gate dan plaster ceiling ja dulu. Yang lain, teman buat kemudian. Teman ni minat sangat dengan wrought iron. Teman ni bermimpi konon-kononnya nak pasang grill n gate jenis wrought iron. Harap-harap budget teman cukup la.. Kalu tak cukup, alamatnya teman kena buat gate ja jenis wrought iron. Grill kena buat yang biasa2 ja. Huhuhu...sedihnya teman.

   
Teman ada survey juga dalam internet nak buat kitchen cabinet n wardrobe. Kalu kitchen cabinet yang diperbuat dari glass, cantik gilezzz..tp mahal beb... Tak mampu teman.Banyak jugak la teman survey. Ada dari jendela dapur, rz cabinet, seni hias n etc. Yang bestnya, company ni bleh buat design kat kita tanpa apa2 bayaran pon. Diaorang siap bg dgn qoutation sekali. Teman kalu boleh, nak cari company yang boleh buat semua sekali. Baru la dapt murah sikit. Kawan teman renovate rumah dia, RM20k ja untuk semua tuh n macam-macam lagi la. Tapi budget teman tak sampai la RM20k. Kalu ada sesiapa yang tahu or kenal company yang buat benda-benda tu, hello la teman.. Teman nak p survey n nak amik quotation.



Teman ada seorang member yang bleh buat design dalam rumah ni. Teman nak minta tolong dia design la. Teman dah bagitau dia, dia kata orait ja. Kalu ada sesiapa nakkan member teman ni design, inform teman yer. Teman ada jugak baca kat blog, forum n beli buku-buku mengenai renovation nih. Maklum la, teruja sangat nak masuk rumah baru. Hekhekhek... Nanti bila rumah teman dah siap renovate, teman akan masukkan gambar-gambarnya yer... Tungguuuu... 

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum...


Salam perkenalan dari teman kepada semua yang berkunjung ke blog ni. Teman udah lama nak buat proper blog sendiri. Sesaja mengisi masa lapang. Sebelum ni teman dah mengajar ramai orang buat blog. Tapi teman tak der proper blog pon. Blog sesaja ada la... Harap-harap teman selalu update blog ni. On security information, teman tak suka fb (facebook). Sorry to say la yer... Nak selamat, teman tak der fb.